Rozita mendeklamasikan puisi di Malam Puisi Utusan ke-13 di Istana Budaya, Sabtu. - Foto oleh RICKY LAIKETIKA pelakon Que Haidar membuat keputusan untuk bersara dalam dunia lakonan, aktres jelita Rozita Che Wan juga mengikut langkah yang sama.Dia tidak mahu berganjak dengan keputusannya untuk meninggalkan dunia seni pada tahun hadapan. Kata Rozita, selama ini dia terlibat dalam industri seni kerana mahu menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk dia mengembangkan kerjaya dalam bidang perniagaan.Bagaimanapun dia menolak tanggapan sesetengah pihak keputusan itu adalah kerana dia mahu mendirikan rumah tangga."Sama ada saya akan berkahwin atau tidak pada tahun hadapan, saya akan tetap bersara dalam bidang seni," katanya.Ujar Rozita, dia sebenarnya sudah penat untuk berlakon selain memikirkan usianya juga sudah meningkat.Ketika peningkatan usia seseorang artis kata Rozita, belum tentu peluang berlakon untuk mereka datang mencurah-curah.“Tahun depan saya dah berumur 38 tahun. Waktu tu, belum tentu orang nak ambil saya berlakon lagi. Kalau ada pun, mungkin saya akan terima satu atau dua tawaran sahaja," katanya.Tambah Rozita, gosip yang sering dilemparkan terhadapnya selama ini juga turut menjadi faktor kenapa dia membuat keputusan untuk bersara sebagai pelakon.Kerana gosip-gosip itu, Rozita pernah didatangi isteri orang kenamaan yang bertindak hendak memukulnya. “Selain itu, bila saya pakai skirt dan nampak peha pun boleh jadi bahan gosip. Itu yang saya sedih sangat.“Semasa saya dapat Anugerah Ibu Cemerlang sempena Hari Ibu anjuran May Tower tahun lepas, tiada pula orang nak heboh," katanya.Mengenai perancangannya, Rozita telah merancang untuk membuka perniagaan pakaian wanita selepas Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Katanya, perniagaan itu sebagai persediaan untuk menampung pendapatannya selepas bersara nanti.“Sebenarnya, dah lama saya nak buat bisnes ini. Bila saya nekad untuk berhenti berlakon, saya kena laksanakan impian ini,” ujarnya yang anggun mengenakan busana tajaan Qudyn diperbuat daripada fabrik tajaan Jakel Trading, aksesori tajaan Man Kajang serta kasut tajaan Calvin Thoo.Selain itu, dia juga akan menjual bulu mata palsu bersama-sama jurusoleknya, Amy Janz.Bercerita mengenai kekasih hati, Rozita mengaku dia sudah mengenali seorang lelaki berusia 34 tahun. Mereka berkenalan sejak empat tahun lalu.Bagaimanapun mereka belum merancang untuk mendirikan rumah tangga.Rozita masih merahsiakan banyak perkara tentang lelaki berstatus bujang dan sedang bekerja di Singapura itu.“Kami belum tahu bila nak kahwin sebab saya sendiri belum berjumpa dan mengenali orang tuanya,” katanya yang mengikat kasih lebih lima bulan lalu.Menurutnya, jika membuat keputusan untuk berkahwin sekali pun, dia mahu memastikan anaknya yang sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh seperti anak lelaki sulungnya.“Kalau anak-anak saya bersekolah di sekolah berasrama, sekurang-kurangnya saya boleh mengikut dia ke Singapura,” tutur duta Avon Jewellery itu.Menyentuh tentang perkembangan terbarunya, Rozita akan sibuk dengan penggambaran telefilem istimewa Raya Kiah Pekasam di Perlis serta penggambaran iklan Raya One Drop Perfumes dan sesi fotografi Avon.Dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran telefilem Lawaknya Fantasia Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya Ketiga di Astro Ria.Semasa ditemui pada Malam Puisi Utusan ke-13 di Istana Budaya, Sabtu lalu, Rozita turut mendeklamasikan puisi bertajuk Gadis di Kuburan nukilan Sasterawan Negara Datuk Dr. Usman Awang.