suria

Agnes Monica Tidak Mengkritik Ariel

Konsert Agnes Monica di Stadium Negara pada 2007. - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
Konsert Agnes Monica di Stadium Negara pada 2007. - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI
Konsert Agnes Monica di Stadium Negara pada 2007. - Foto THE STAR Oleh RICKY LAI

PENYANYI Agnes Monica tidak mahu menjadi sebahagian daripada individu yang mengkritik Ariel dalam kes video lucah membabitkan vokalis PeterPan itu.

Agnes memilih untuk menilai dirinya sendiri daripada menilai orang lain.

"Kalau mengecam semua orang juga boleh berbuat demikian. Lihat diri kita sendiri. Apakah kita sudah sempurna atau belum? Walau kita tahu apa yang dia lakukan itu adalah salah," ujar Agnes kepada media, Ahad.

Sebagai kawan, Agnes pun ingin memberikan sokongan kepada Ariel. Dia turut menghubungi Luna.

"Saya hantar mesej kepada dia dan beritahu jangan terlalu berasa sedih. Saya menyokongnya, tetapi bukan menyokong perbuatannya," kata penyanyi yang baru saja mengeluarkan single 'Kerana Kau Sanggup' itu.

Ekoran insiden itu, Agnes menyimpulkan personaliti harus suci dan tidak boleh buat salah.

"Padahal sepatutnya terdapat aspek kemanusiaan pada diri setiap orang. Buat saya, kalau saya melakukan sesuatu yang salah, saya perlu sokongan," jelasnya.

Artikel Lain