suria

Hubungan Maia & Ahmad Dhani Semakin Jernih

KETIKA proses perceraiannya sedang berjalan, Ahmad Dhani dan Maia Estianty sering dikatakan berbalah terutamnaya mengeluarkan pelabgai kenyataan di media.

Namun akhir-akhir ini kedua-duanya seperti sudah tenang. Malah, Dhani tidak keberatan jika Maia ingin kembali, dan tinggal bersamanya semula.

Bukan itu sahaja, Maia juga mengakui hubungannya dengan Dhani sudah berbaik. Dia sudah kembali menjalin komunikasi dengan lelaki yang masih berstatus suaminya itu.

"Kebelakangan ini komunikasi dengan Mas Dhani semakin baik Alhamdulillah sudah berjalan lancar," kata Maia.

Penyanyi lagu Ingat Kamu ini juga mempunyai perancangan untuk berbaik semula. Hubungannya dengan ketiga-tiga anaknya juga semkain pulih.

"Saya melalui hidup sendirian seperti satu nikmat. Walaupun jika saya kata saya bersa sedih, ya sebenarnya ia sangat sedih," ujarnya.

Maia sedih kerana selama ini dia tidak mempunyai waktu bersama ketiga-tiga anaknya kerana anak-anaknya itu tinggal bersama Dhani.

Dhani melarang Maia bertemu anak-anak di luar dari kawasan rumah. Oleh itu dia merasakan banyak peristiwa indah yang tidak dapat diraikan bersama Al, El dan Dul.

"Banyak peristiwa indah yang tidak dapat saya raikan bersama mereka," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain