suria

Atha Tarik Laporan Polis Terhadap Yuni Shara

ISTERI Raul Lamos, Silvalay Noor Athalia telah pun menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap artis Yuni Shara.

Wanita yang lebih senang dipanggil Atha itu mengaku menarik laporan tersebut tanpa tekanan dari mana-mana pihak.

Namun begitu, Yuni Shara masih belum berasa lega terhadap hal tersebut.

"Saya belum dengar secara rasmi tentang perkara itu, cuma hanya dengar daripada orang. Pada saya, ia mestilah ada keterangan secara rasmi dari pihak berkuasa. Sekarang Saya masih menunggu sehingga diberitahu tindakan yang harus diambil. Setakat ini tidak ada maklum balas apa-apa," kata Yuni

Yuni mengakui dia mendapat pengajaran dari kes tersebut.

Selain itu, kekasih Raffi Ahmad itu juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf kepada orang yang pernah disakiti sama ada melalui percakapan atau perbuatannya.

"Menjelang bulan Ramadan, saya mahu minta maaf kepada sesiapa yang mungkin pernah terluka atas percakapan dan sikap saya," ujarnya.

Ketika ditanya adakah permintaaan maaf itu juga ditujukan kepada Atha. Yuni hanya memberitahu akan cuba mempelajari setiap kejadian yang menimpa dirinya dan juga KD.

"Saya harus belajar dengan apa yang terjadi. Mudah-mudahan kita mengambil hikmah daripadanya," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain