PENYANYI pop terkenal, Avril Lavigne (gambar) mengakui dia tidak boleh hidup tanpa penggaris mata berwarna hitam kerana alat solek itu adalah sesuatu yang wajib digunakannya setiap hari.Menurut kenyataan penyanyi lagu Girlfriend itu di laman web femalefirst.co.uk, dek ketaksubannya itu, dia akan berasa seolah-olah berbogel jika tidak mengenakan penggaris mata walaupun sehari. "Perkara yang saya paling ketagih setiap hari adalah untuk memakai penggaris mata berwarna hitam. Ia seperi telah menjadi tabiat dan sesuatu yang wajib dilakukan sejak bertahun lalu," katanya.Lavigne turut mengakui penampilan dan imejnya juga telah berubah berbanding ketika di awal pembabitannya, kira-kira lapan tahun lalu. Namun, baginya ia adalah suatu proses yang normal dalam kehidupan."Saya menyedari bahawa imej dan penampilan saya telah berubah dan berkembang berbanding lapan tahun yang lalu. Namun, perubahan ini adalah sesuatu yang normal bagi saya," katanya lagi.