suria

Amylea Tidak Hirau Andi Buat Laporan Polis

Amylea ketika membuat persembahan semasa bertanding dalam Akademi Fantasia 3. - Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN
Amylea ketika membuat persembahan semasa bertanding dalam Akademi Fantasia 3. - Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN
Amylea ketika membuat persembahan semasa bertanding dalam Akademi Fantasia 3. - Foto THE STAR Oleh GLENN GUAN

PENYANYI Amylea Azizan berkata, dia tidak kisah dengan laporan polis yang dibuat oleh Andi A. Merican berhubung dakwaan bekas ahli kumpulan Infinatez itu telah menciplak kreativiti lagu ciptaannya.

Andi juga menghasilkan sebuah lagu yang menggunakan judul yang sama iaitu Solo.

"Saya tidak kisah dia buat laporan polis kerana saya tidak bersalah. Apa yang dilaporkan Andi kepada media adalah salah. Saya rasa dia tidak faham penulisan wartawan.

"Saya beritahu wartawan bahawa dia ciplak kreativiti dan idea saya, tapi dia (Andi) kata saya tuduh dia tiru melodi atau buat lirik macam karya saya. Itu adalah tuduhan yang tidak benar!" katanya kepada mStar Online.

Isnin lalu, Amylea telah membuat kenyataan kepada media bahawa salah sebuah lagu ciptaannya berjudul Solo yang dihasilkan untuk kumpulan Flava telah diciplak kreativitinya oleh Andi.

Sambil menyifatkan tindakan ciplak sebagai suatu perbuatan sabotaj, Amylea berasa sedih kerana para peminat muzik tidak akan mendengar lagu yang sama.

Ini mendorongnya untuk mendedahkan perkara sebenar kepada umum. Bekas finalis One In A Million musim ketiga itu menegaskan, tindakannya itu bukan untuk mencari publisiti murahan tetapi demi menegakkan keadilan.

"Kenapa saya perlu buat dakwaan sedemikian. Saya bukannya bodoh untuk mencari publisiti murahan. Saya telah berada dalam industri ini selama lima hingga enam tahun.

"Lagi pun, saya merupakan seorang yang pendiam.

"Kebanyakan artikel berita tentang saya adalah berkaitan dengan kerjaya saya apatah lagi saya merupakan seorang yang berorientasikan keluarga," ujarnya yang sedang menyiapkan sebuah lagu untuk artis Nieyl Mentor atau nama sebenarnya Nuriylia Jailani.

Ekoran pendedahan tersebut, Amylea mengakui dia tertekan dengan komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Apa yang menyedihkan, jelasnya, sesetengah kritikan itu tidak ada kaitan dengan kreativiti tetapi lebih kepada serangan peribadi yang ditujukan kepadanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain