suria

Celine Dion Nafi Kandungan Hadapi Masalah

Celine Dion (kanan) bergambar bersama suaminya, Rene Angelil, (kiri) dan anak Rene Charles Angelil, ketika mereka menghadiri tayangan perdana filem Celine: Through the Eyes of the World di Miami Beach, Amerika Syarikat pada awal tahun ini. - Foto AP

PENYANYI handalan dari Kanada, Celine Dion berada dalam keadaan sihat dan begitu juga dengan anak kembar yang sedang dikandungnya.

Baru-baru ini timbul desas-desus menyatakan bahawa kandungan penyanyi itu telah mengalami komplikasi.

Sambil menafikan khabar angin tersebut, Dion sempat bergambar dengan suami, Rene Angelil dan anak lelaki, Rene-Charles, 9.

Dion kelihatan sangat bahagia dan sihat dengan keluarganya. Jurucakap bintang itu menyifatkan kisah komplikasi kehamilan itu sebagai suatu tuduhan semata-mata.

Pemenang Anugerah Grammy itu dijangka melahirkan bayi kembar pada bulan November ini.

Doktor menyarankan Celine supaya banyak berehat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain