suria

Intan Azura Mahu Kahwin Secepat Mungkin

PETALING JAYA: Pelakon Intan Azura,32, (gambar) mengakui semakin risau dengan usianya yang semakin lanjut dan berhasrat mendirikan rumah tangga secepat mungkin.

Kata Intan dia telah berjumpa dengan sorang lelaki yang bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat minyak dan gas hampir setahun lalu dan hubungan itu semakin serius.

“Saya tidak mahu bersembunyi sebaliknya saya mengaku sedang berkawan dengan seseorang dan hubungan itu berada dalam keadaan baik dan membanggakan,” katanya.

Menurut Intan, kedua orang tuanya selalu merungut kerana dia masih membujang sampai sekarang. Atas sebab itulah Intan sedang berusaha untuk menggembirakan hati orang tuanya dengan berumah tangga.

Kata Intan lelaki yang dikenalinya itu berasal dari Pulau Pinang dan sempena sambutan Syawal kali ini dia telah menemui keluarga lelaki tersebut untuk berkenalan dengan lebih dekat.

Pada waktu ini ujar Intan hubungannya dengan kekasihnya itu tidak menghadapi masalah cuma dia berharap lelaki tersebut dapat menerima kehidupannya sebagai seorang artis.

“Saya bimbang tak semua orang dapat menerima seseorang artis itu. Sebab itulah saya lambat kahwin kerana kebanyakannya tak boleh terima dugaan kekasih mereka seorang bekerja dalam dunia hiburan tidak kiralah pelakon ataupun penyanyi,” katanya.

Jelas Intan, buat masa ini dia sedang berusaha untuk, mendedahkan kekasihnya itu dengan dunia hiburan bagi membolehkannya memahami perjalanan industri hiburan itu agar tidak berlaku kejutan budaya.

“Saya selalu bawa di ke set penggambaran untuk membolehkan dia melihat sendiri bagaimana tugas saya sebagai sorang pelakon,” jelasnya.

Sehubungan itu kata Intan dia berharap hubungamnya dengan lelaki berkenaan akan kekal dan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga akan tercapai.

Artikel Sebelum

Yana Menyanyi Semula

Artikel Berikut

Artikel Lain