suria

Robbie Williams Derita Penyakit Misteri

PENYANYI Robbie Wiliams yang baru sahaja mendirikan rumah tangga sedang berjuang untuk menyembuhkan penyakit misteri yang ditanggungnya.

Menurut Famalefirst, penyakit misteri itu dihadapinya sejak empat tahun lalu. Pada mulanya penyanyi ini menganggap penyakit tersebut berpunca dari tekanan. Namun begitu menurut doktor pihaknya masih belum dapat mengenalpasti penyakit itu.

Sejak mengetahui hal tersebut, suami kepada Ayda Field itu mula menjalani pelbagai rawatan bagi mengubati penyakit berkenaan.

Dia berharap semangatnya untuk berjuang melawan penyakit mampu merubah hidupnya.

"Beberapa bulan lalu, saya mengetahui menghidapi satu penyakit yang doktor sendiri belum pasti penyakit berkenaan. Apa yang saya fikir tentang diri saya selama ini salah.

"Sekarang saya tidak mahu bertanya mengapa dan bagaimana untuk melaluinya kerana ia akan lebih menyakitkan," ujarnya ketika diwawancara majalah Famalerfirst.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain