suria

Uji Bakat Raja Lawak Astro Kembali

Johan dan Zizan kekal sebagai pengacara bagi Raja Lawak musim ke lima ini. Foto The Star oleh M.AZHAR ARIF
Johan dan Zizan kekal sebagai pengacara bagi Raja Lawak musim ke lima ini. Foto The Star oleh M.AZHAR ARIF
Johan dan Zizan kekal sebagai pengacara bagi Raja Lawak musim ke lima ini. Foto The Star oleh M.AZHAR ARIF

PETALING JAYA: Setelah empat musim program realiti Raja Lawak Astro berjaya mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam industri hiburan, kini pencarian bakat lawak akan diteruskan bagi musim kelima pula.

Pihak Astro akan menjelajah ke enam buah negeri di seluruh Malaysia untuk mengadakan uji bakat bermula dari 2 Oktober ini di Kuantan, Pahang.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, pihak Astro akan turut membuka peluang uji bakat tersebut di Sarawak.

”Kami telah bersetuju untuk berkunjung ke sebuah lagi negeri iaitu Sarawak bagi mencungkil bakat-bakat baru kerana menerima sambutan dan permintaan yang amat menggalakkan dari penduduk di negeri itu.

Melalui pertambahan sebuah lagi negeri untuk sesi uji bakat ini, kami yakin pihak produksi akan mendapat lebih ramai bakat-bakat baru yang pastinya akan memeriahkan lagi dunia hiburan tanah air terutamanya dalam bidang lawak,” katanya.

Penjelajahan pencarian bakat program realiti ini akan dimulakan pada setiap minggu (Sabtu dan Ahad) bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Ia juga terbuka kepada seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas secara solo atau berkumpulan (tidak lebih tiga orang) dan mempunyai bakat lawak secara spontan.

Para peserta akan dinilai berdasarkan elemen lucu, keaslian, kreativiti, bakat dan kemahiran dalam sesebuah persembahan.

Pemenang tempat kedua dan ketiga rancangan Raja Lawak Astro musim pertama, Johan dan Zizan masih lagi diberi kepercayaaan menjadi pengacara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain