DISEBABKAN berpakaian seksi dan menjolok mata, penyanyi Katy Perry sebuah rancangan kanak-kanak berjudul Saseme Street terpaksa dibatalkan tayangannya.Penampilan Perry yang menampakkan belahan dada itu diprotes oleh segelintir ibu bapa. Mereka berpendapat pakaian seperti itu mampu mempengaruhi fikiran anak-anak kecil mereka. Malah mereka menasihati Perry agar berpakaian sedemikian hanya di acara hiburannya sahaja.Bantahan tersebut diberikan kepada produser rancangan kanak-kanak tersebut. Justeru itu episod yang menampilkan artis terbabit ditarik balik dan dibatalkan seperti dipetik di Examiner.Bagiamanapun, episod Sasame Street bersama Perry itu boleh ditonton di laman web Youtube.