VOKALIS kumpulan Dewa, Ahmad Dhani tidak mahu hubungan baiknya dengan bekas isteri, Maia Estianty dalam menguruskan ketiga-tiga anak mereka disalah anggap.Menurut penyanyi dan komposer itu, hubungan baik yang dijalinkan bukan bertujuan untuk mereka rujuk semula tetapi sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai ibu-bapa kepada ketiga-tiga orang cahaya mata mereka. "Kami berbaik kerana tidak mahu anak-anak akan berasa kehilangan salah seorang dari kami," ujarnya.Katanya, hubungan baik dengan bekas isterinya itu bukan sesuatu yang istimewa, malah dia kini memberi kelongaran kepada Maia untuk bertemu dengan anak-anak mereka."Saya sudah permudahkan dia untuk berjumpa dengan anak-anak cuma belum mengizinkan dia untuk mengambil mereka keluar berjalan-jalan," katanya seperti dipetik Vivanews.com.Bagaimanapun, Maia menghormati keputusan yang dibuat oleh Dhani dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan mereka.