suria

Khloe Takut Mengandung

Lamar mahu Khloe mendapat anak jika isterinya itu sudah bersedia.
Lamar mahu Khloe mendapat anak jika isterinya itu sudah bersedia.
Lamar mahu Khloe mendapat anak jika isterinya itu sudah bersedia.

PERSONALITI televisyen, Khloe Kardashian, telah membuka rahsianya bahawa dia begitu takut untuk mengandung.

Khloe yang baru sahaja meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya dengan pemain bola keranjang, Lamar Odom, berkata, dia takut bila tibanya saat untuk bersalin.

"Selepas melihat kakak saya, Kourtney melahirkan anak, saya risau dengan kesakitan semasa bersalin yang dialaminya itu.

"Tapi saya memang terlalu mahukan anak, cuma saya takut. Kourtney membuat muka selamba pada saya tetapi saya tidak percayakannya. Saya juga takut dengan suntikan epidural pada tulang belakang saya.

"Apalagi bila berat badan saya akan naik dan mungkin saya tak dapat kembali ke bentuk badan yang asal," katanya kepada lama People.com.

Bagaimanapun, tambah Khloe, bila melihat anak Kourtney, Mason yang baru sahaja berusia sembilan bulan, dia sudah mula merasai ingin mendapatkan anak sendiri.

"Saya dapat rasakan, ketakutan itu mungkin akan hilang bila dapat memegang anak yang kita lahirkan itu," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain