Alicia Keys dan suami Swizz Beatz dalam satu majlis yang mereka hadiri pada 30 September lalu. - APPENYANYI Alicia Keys dan suaminya, Swizz 'Kaseem Dean' Beatz begitu gembira dengan kelahiran anak lelaki mereka Egypt Daoud Dean yang dilahirkan pada 14 Oktober lalu di New York City, demikian menurut kenyataan daripada wakil pasangan itu."Bayi itu adalah anak pertama bagi pasangan itu, walaupun Beatz sudah memiliki tiga orang anak daripada perkahwinannya terdahulu," kata wakil tersebut. Pasangan itu dilaporkan berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang bersaksikan hamparan Lautan Mediterranean, Julai lalu. Pada majlis tersebut, pasangan Keys dan Beatz masih belum mengetahui jantina kandungan penyanyi lagu Fallin itu tetapi mengakui sudah bersedia untuk mendirikan sebuah keluarga bersama.