KUALA LUMPUR: Ainul Aishah muncul dengan single terbaru berjudul Don’t Worry Honey selepas lagu pertamanya, The Old Him melalui pelbagai kontroversi sebelum ini.Masih mengekalkan tajuk dalam Bahasa Inggeris namun lirik single terbaru itu telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu agar dapat diterima oleh ramai peminat. Menurut Ainul Aishah lagu Don’t Worry Honey adalah ciptaan rakan baiknya iaitu Nani Nasir.Pada asalnya lirik ditulis dalam Bahasa Inggeris tetapi Ainul menukarnya ke versi Bahasa Melayu untuk proses rakaman.Liriknya pula telah diterjemahkan oleh Pidos tanpa menukar sedikit pun maksud asalnya.“Lagu ini sangat indah kerana ia datang dari hati dan menceritakan pengalaman bagaimana dua sahabat melalui liku–liku hidup bersama,” katanya.Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md. Isa berkata, usaha dan semangat gigih Ainul Aishah amatlah dikagumi.“Walaupun single pertamanya mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak namun sikap positif yang ada dalam diri Ainul Aishah haruslah dipuji.“Pihak Aquila Emas telah merangka pelbagai aktiviti promosi untuk single ini dan kita percaya semua pihak sama ada media dan peminat akan turut menyokong usaha Ainul.“Para peminat Ainul juga berpeluang untuk mengakses kedua-dua lagu tersebut sebagai nada dering atau nada dering panggilan dalam tempoh dua minggu akan datang, insya-Allah,” kata Syarizan.