Celine Dion dan suaminya, Rene Angelil.PENYANYI terkenal Hollywood, Celine Dion telah melahirkan bayi kembar lelaki dengan selamat, Sabtu di Pusat Perubatan St. Mary, West Palm Beach, Florida.Kedua-dua bayi seberat 2.29 kilogram dan 2.32 kilogram tersebut dilahirkan pramatang kerana Celine dijangka bersalin lewat sebulan iaitu bulan November depan. Namun sejak 18 Oktober lalu, wanita berusia 42 tahun itu telah di ke hospital itu, menurut Showbiz Spy, Ahad.Kedua-dua bayi yang belum diberi nama itu akan dirawat di dalam inkubator untuk beberapa hari.Suami Celine, Rene Angelil, 68, turut menemani isteri tercintanya bersama-sama anak mereka, Rene-Charles, 9."Sekarang, Celine sedang berehat dan mereka akan memilih nama bayi setelah semuanya selesai," ujar jurucakap Celine.Penyanyi lagu popular My Heart Will Go On itu hamil bayi kembar setelah melalui enam kali kaedah bayi tabung uji. Anak lelaki pertamanya juga dilahirkan melalui kaedah yang sama.