SHAH ALAM: Permohonan bantahan awal yang difailkan oleh bekas suami kepada dramatis Singapura, Norish Karman akan diputuskan pada 26 Januari depan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.Tarikh itu ditetapkan pada prosiding sebutan kes itu di hadapan Hakim Syarie Mohamad Adib Husain. Terdahulu peguam syarie Muhammad Buruk yang mewakili ahli perniagaan, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir memaklumkan bahawa pihaknya baru menerima hujahan balas daripada Norish Karman.Norish Karman atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman diwakili peguam syarie Amli Embong dalam permohonan tersebut.Prosiding Khamis, hanya dihadiri oleh peguam syarie kedua-dua pihak.Bantahan awal Hashimuddin, 61, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan itu melibatkan permohonan interlokutari Norish.Permohonan itu berkaitan isu persekolahan anak dan permohonan supaya diberikan sebuah kereta lengkap dengan cukai jalan dan insurans bagi kegunaan anak serta tuntutan harta sepencarian.Norish Karman, 35, yang terkenal dengan filem Sayang Salmah berkahwin dengan Hashimuddin pada 11 Januari 1998 dan disahkan bercerai pada 15 Julai 2008 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Amany, 11, Muhammad Hady Amieran, 7, dan Nur Hanyz Amanda, 6 tahun.