Along berlakon filem Hello di samping dua rakan seperjuangan dari Raja Lawak. - Foto oleh NORAFIFI EHSANPETALING JAYA: Pelakon komedi, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, perlu melakonkan watak seorang yang ‘jakun’ demi menjayakan wataknya dalam filem Hello.Hello merupakan filem arahan AR Badul yang turut dilakonkan oleh Angah dan Tauke, rakan seperjuangan Along dari program Raja Lawak. Menurut Along, filem romantik komedi ini turut menceritakan tentang kisah percintaan yang menggandingkan pelakon Dayana Anak Wayang dan Fizow Omar.“Saya melakonkan watak Akay, Angah sebagai Ako manakala Tauke sebagai Aki. Kami bertiga merupakan pekerja kepada seorang pemuzik jawa lakonan Herman Tino.“Kami datang dari kampung dan apabila datang ke bandar, kami menjadi jakun dengan keadaan sekeliling,” katanya kepada mStar Online.Mengupas lebih lanjut tentang Hello, Akay, Ako dan Aki meminati anak majikan mereka yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar negara.Lantas, mereka bertiga mengubah penampilan masing-masing. Bagaimanapun, ketiga-tiganya tidak dapat lari dari sikap masing-masing. Akay seorang yang manja, Ako suka membuli manakala Aki suka melawan.Sementara itu, penyanyi Isma AF7 bergelar Pengarah Urusan dan Penerbit Nusanbakti Corporation Sdn Bhd apabila empunya syarikat, Datuk Kapten Guljar dan Toh Puan Athia memberi sepenuh kepercayaan kepadanya mengemudi syarikat produksi berkenaan.Pemilik Nusanbakti Corporation Sdn Bhd turut mengemudi Heliza Helmi Productions (HHP) apabila single terbaru Isma, Aku Bukan Pilihanmu adalah terbitan HHP.Hello turut diilhamkan daripada single terbaru Heliza AF5. Filem ini turut dilakonkan oleh Isma, Nas Adila, Dina Nadzir, Acong Sweet Child dan Zul 2by2.