Yana Samsudin tampil seksi dan nakal dalam filem terbaru Aku Masih Dara. - Foto The Star oleh DARRAN TANPETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin menegaskan dia berasa malu apabila terpaksa berpakaian seksi dan berkemban semata-mata untuk menjayakan filem Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham.Kata Yana, keputusan itu dibuat selepas memikirkan wataknya sebagai gadis yang bermasalah dalam filem tersebut mempunyai mesej yang kuat dan bukannya untuk mencari publisiti murah atau mahu mengumpan penonton ke pawagam semata-mata. Sebaliknya, keputusan pelakon berusia 26 tahun itu menerima watak 'hitam' dan antagonis bernama Aleeysa itu didorong atas keinginan untuk mencabar kemampuan bakat lakonannya."Penampilan saya dalam filem terbaru Aku Masih Dara memerlukan saya tampil sebagai gadis tidak bermoral dan seksi."Ia bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau memancing penonton menerusi gadis seksi yang ditampilkan semata-mata. Ia adalah watak yang mencabar, menarik dan paling 'hitam' pernah saya jayakan," katanya yang mengakui puas dengan watak itu.Mengulas lanjut, Yana mengakui tidak menyukai watak itu pada awalnya. Namun, setelah berfikir sedalam-dalamnya mengenai watak dan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton, dia akhirnya akur menyahut cabaran tersebut.Bagaimanapun, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) ini berharap agar penampilannya yang seksi dan nakal dalam filem itu tidak akan disalahertikan oleh penonton, sebaliknya mengambil iktibar dan mesej yang cuba disampaikan."Sejujurnya, saya langsung tidak menyukai watak itu pada awalnya kerana ia menuntut saya untuk tampil jahat, liar dan seksi."Jika difikirkan untuk jangka masa pendek, saya berasa malu kerana terpaksa mendedahkan tubuh badan termasuk berpakaian seksi dan berkemban."Namun, setelah berfikir semasak-masaknya saya sahut cabaran itu kerana sebagai pelakon ia adalah kerugian yang besar jika tidak menjayakan watak yang dinamik sebegitu."Naskhah ini bukanlah manipulasi kosong oleh penerbit atau pengarah yang menampilkan gadis-gadis seksi dan liar semata-mata untuk memikat penonton tetapi ia adalah kritikan sosial yang harus direnungkan oleh masyarakat," katanya.Filem yang berkisar kepada masalah sosial yang membelenggu remaja hari ini itu berfokus kepada kisah tiga sahabat iaitu Sofea (lakonan Raja Farah), Aleesya (Yana Samsudin) dan Hani (Diana Amir).Filem yang turut dibintangi aktor Farid Kamil dan Ashraf Muslim ini mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 16 Disember 2010.