KERANA cinta yang mendalam, aktres Angelina Jolie sanggup menghabiskan wangnya sebanyak RM1.2 juta (£250,000) untuk kekasihnya, Brad Pitt, sempena ulang tahun hari lahir aktor itu yang ke-47, Jumaat.Bintang filem The Tourist itu menempah khas cincin dengan mengukir nama pasangan itu dan keenam-enam anak mereka, Maddox,8, Pax,7, Zahara,5, Shiloh, 4, serta kembar Knox dan Vivienne, 2. Menurut sumber kepada laman portal Malefirst, nama anak-anak mereka diukir pada cincin bahagian atas manakala di bahagian dalam terdapat kod rahsia yang hanya difahami oleh Angelina dan Brad sahaja."Tak sangka Angelina seorang yang romantik dan sanggup menghabiskan wang demi kekasihnya itu."Cincin itu diibaratkan sebagai cincin keluarga dengan ukiran nama-nama pasangan itu serta anak-anak mereka."Bagaimanapun, kod rahsia yang ditulis itu hanya difahami oleh pasangan itu sahaja dimana ia ada kaitan dengan usia 47 tahun Brad Pitt," kata sumber.