suria

Famili Sarjana Kongsi Ilmu Agama Cara Santai

Izelan Basar
Izelan Basar
Izelan Basar

KUALA LUMPUR: Astro Oasis membuka tirai 2011 dengan memperkenalkan sebuah program kuiz kekeluargaan Islam berjudul Famili Sarjana bermula 1 Januari pukul 7.30 malam.

Program 13 episod ini merupakan program berbentuk kuiz pertama berperanan memperkasakan institusi kekeluargaan Islam.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, program ini membawa pendekatan berlainan berbanding program sedia ada.

“Program ini membawa pendekatan perkongsian ilmu dalam keadaan santai dan hiburan ringan, tetapi mencabar peserta dengan pelbagai soalan yang berkaitan lima perkara utama yang terkandung dalam Rukun Islam.

“Ia bukan bertujuan untuk mengaibkan peserta yang tidak dapat menjawab tetapi berkongsi ilmu agama yang selama ini ada yang tidak memandang berat tentang perkara tersebut,” katanya.

Famili Saujana juga merupakan rancangan kuiz yang menyaksikan dua buah keluarga bersaing setiap minggu untuk menjawab soalakn keagamaan meliputi lima perkara yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu Syahadah, solat, puasa, haji dan zakat.

Hadiah utama bagi pemenang ialah pakej umrah ke Tanah Suci dengan tajaan penuh disediakan seisi keluarga.

Sementara itu, program ini akan dikendalikan oleh dua pengacara baru iaitu Imam Muda Taufek dan Rini AF.

Menurut Izelan, pemilihan kedua-dua pengacara ini adalah berdasarkan kelebihan kedua-dua selebriti yang menjadi ikon kepada masyarakat.

“Semasa sesi ujibakat kami lihat ada keserasian antara Imam Muda Tuafek dan Rini. Mereka mampu menarik penonton untuk menonton rancangan ini,

“Selain itu kedua-dua selebriti ini mempuanyai pengikut tersendiri yang mana mampu menarik golongan muda untuk menonton rancangan berbentuk agama ini,” katanya.

Program ini memerlukan kerjasama atau gabungan tiga orang ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa dan anak.

Setiap keluarga akan bersaing dalam lapan saringan setiap minggu sebelum empat yang terbaik akan bersaing di peringkat separuh akhir.

Dua buah keluarga terbaik akan berjaya berentap di peringkat akhir sebelum sebuah keluarga dinobatkan sebagai Famili Sarjana.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain