suria

10 Aktor Peraga Sut Lord’s Tailor Di ASK 2010

Sepuluh artis lelaki yang memperagakan sut rekaan Lord's Tailor di butik tersebut di Bangsar Shopping Centre, Jumaat. - Foto oleh RAYMOND OOI

KUALA LUMPUR: Sepuluh aktor kacak memperagakan sut berjenama Lord’s Tailor pada majlis Anugerah Skrin (ASK) 2010 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat malam.

Mereka adalah Fahrin Ahmad, Gambit Saifullah, Shahz Jazle, Sharnaaz Ahmad, Zamarul Hisham, Kamal Adli Shamsul Yusof, Syed Aiman, Iqram Dinzly dan Fizz Fairuz.

Pada sebelah pagi hari yang sama, 10 aktor tersebut turut diraikan pada sebuah majlis sempena menyambut perayaan Hari Krismas bersama pemilik butik Lord’s Tailor iaitu Robert Loh dan isterinya, Loh Lee Lee di Alexis, Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Mereka turut menggayakan sut yang direka khas dari butik terkenal itu.

Menurut jurucakap butik tersebut, Bill Bora, ini merupakan kali pertama Lord’s Tailor menaja sut sempena ASK2010.

Sebelum ini, Lord's Tailor sudah beberapa kali menaja untuk Anugerah Bintang Popular.

Artikel Sebelum

Artikel Lain