PENYANYI remaja popular, Justin Bieber (gambar) dikerumuni peminat ketika berada di sebuah pusat beli-belah di negara kElahriannya, Kanada.Menurut femalefirst, dalam kejadian Sabtu lalu, Bieber yang popular menerusi lagu The Baby itu mahu meraikan hari Krismas dengan membeli belah di Fairview Mall, Kitchener, Ontario tetapi hasratnya itu terganggu apabila sekumpulan gadis mengerumuninya di sebuah kedai yang dikunjunginya. Akibat keadaan yang tidak terkawal itu Bieber terpaksa meninggalkan kedai berkenaan dengan segera untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.“Keadaan peminat yang ramai itu membuatkan pintu kaca kedai berkenaan turut pecah sehingga Bieber diarahkan keluar oleh pihak keselamatan,” kata sumber.Selain itu pengurs kedai berkenaan juga mengaku telah meminta Bieber supaya tidak berada di kedai tersebut agar kekacauan yang berpunca daripada peminatnya itu tidak terus berpanjangan.