suria

Demi Moore Obses Dengan Wajah Sendiri

AKTRES Demi Moore mengakui bahawa dia sering menginginkan perubahan pada wajahnya.

Isteri kepada aktor Ashton Kutcher itu berkata dia sanggup duduk di depan cermin berjam-jam semata-mata untuk melihat perubahan pada wajahnya.

"Saya akan meneliti setiap inci pada wajah saya. Biasalah, umur saya bukannya muda dan saya terpaksa menerima tentang hal itu.

"Sebab itu saya sangat mementingkan kesihatan diri bukan sahaja pada luaran , tetapi juga dalaman. Kita sebagai seorang wanita yang cepat matang perlu hidup dengan gembira dan tepis segala masalah dan tekanan yang dilalui kerana ia boleh mengganggu perubahan wajah kita.

"Buat masa ini, saya ada mencuba beberapa campuran tumbuhan khas buat kulit wanita dan berharap dapat berkongsi petua kecantikan kepada umum," katanya kepada majalah MaleFirst.

Demi yang berusia 48 tahun itu juga bercadang untuk menghasilkan sebuah buku biografinya yang lebih bercerita mengenai dirinya yang terlalu menjaga kecantikan diri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artis Kongsi Azam Sempena 2011

Artikel Lain