KUALA LUMPUR: Juara pertandingan Dewi Remaja 2010, Noor Neelofa Mohd Noor, 22, yang baru saja dua bulan menyertai indutsri hiburan tempatan sudah bersedia untuk bersaing secara sihat dengan selebriti-selebriti tempatan untuk menjadi seorang pelakon dan pengacara profesional.Menurut anak kelahiran Kelantan itu, walaupun takut untuk melalui cabaran dan dugaan, lebih-lebih lagi berkaitan gosip, dia cuba 'meredah' diri demi mencapai impiannya bergelar seorang pelakon dan pengacara profesional. "Walaupun baru tiga bulan saya melangkah masuk ke bidang seni, saya sudah dapat merasai bahang dari segi privasi terumatanya. Habis segala gambar-gambar saya disebarkan di internet."Apa-apa pun, itu juga sebagai permulaan untuk saya menerima dimana hal-hal peribadi pasti akan diketahui umum dan saya bersedia semua itu."Selain itu, saya juga nampak perbezaan diri sendiri sebelum dan selepas bergelar selebriti keyakinan diri saya lebih tinggi dan cara berinteraksi saya dengan orang juga berbeza. Ia sedikit sebanyak mematangkan saya juga," katanya yang ditemui di parti Media Hiburan di sini, Khamis.Tambah Neelofa, dia juga gembira kerana sudah memulakan tugas sebagai seorang pelakon dan pengacara dimana dia akan digandingkan bersama Gambit melakonkan watak utama menerusi filem arahan Aziz M Osman yang berjudul Azura.Dalam pada itu, neelofa juga bersedia untuk menepis segala kontroversi yang bakal diterimanya."Insya-Allah, saya akan cuba menjadi yang terbaik buat masyarakat umum agar tidak terjebak dengan kontroversi. Selain itu, azam baru saya untuk tahun ini, saya akan mengurangkan cara pemakaian yang seksi."Ini kerana, saya perlu membawa gelaran Dewi kepada umum, dan secara tidak langsungnya, orang akan perhatikan tata tertib kita baik dari segi pertuturan, pemakaian dan personaliti diri," katanya yang turut mengacara bagi program Paparazi dibawah terbitan KRU TV.