suria

Abby Abadi Panggil Memey Perempuan Gatal

Memey Suhaiza anggap tindakan Abby tidak rasional
Memey Suhaiza anggap tindakan Abby tidak rasional
Memey Suhaiza anggap tindakan Abby tidak rasional

PETALING JAYA: Pelakon Memey Suhaiza atau nama sebenar Suhaiza Suhaimi kecewa dengan tindakan bekas isteri tunangnya, Abby Abadi yang menjadikan laman sosial Facebook untuk menyerangnya secara peribadi.

Dalam status Facebook milik Abby yang dihantar pada Isnin, Abby meluahkan perasaan marah apabila panggilan telefonnya kepada Norman Hakim untuk berurusan mengenai anak mereka yang hendak ke sekolah pada hari pertama persekolahan pada tahun ini dijawab oleh Memey.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

“Salahkah saya jawab panggilan telefon bagi pihak tunang saya? Saya bukan buat salah besar sehingga dia hendak marahkan saya sampai macam tu sekali? Saya terkejut dengan tindakan Abby selepas dimaklumkan oleh seseorang ketika tiba di lokasi penggambaran.

“Nak ikutkan secara logik, ia bukan isu besar dan Abby tergamak menulis sebegitu rupa dalam Facebook sehingga ia boleh ditatap oleh ramai orang,” katanya kepada mStar Online, Isnin.

Menurut Memey, ketika telefon tersebut berbunyi dia tidak menyedari ia panggilan daripada Abby kerana tidak tertera nama pemangil. Menurutnya, tindakan tersebut juga telah menimbulkan persepsi buruk segelintir masyarakat terhadapnya.

“Saya mahu buka buku baru untuk tahun ini, tapi dia mulakan dengan buat persepsi buruk terhadap saya. Perkara ini juga melibatkan maruah saya.

“Saya malas mahu besarkan keadaan dan saya hanya nasihatkan agar dia fikirkan dahulu sesuatu perkara secara rasional,” katanya. Tambah Memey, dia berharap untuk tahun baru 2011 ini tiada lagi sengketa antara dia dan pelakon tersebut.

“Saya tahu dia tidak suka saya, diantara kami memang tidak boleh berbaik tapi tolonglah jangan timbulkan sebarang sengketa,” katanya.

Dalam pada itu, Memey turut mengakui terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Norman pada penghujung tahun ini.

“Sepatutnya kami merancang untuk berkahwin pada 8 Januari ini tetapi tidak sempat untuk buat persiapan. Selepas bertunang banyak rezeki yang datang terutama tawaran untuk berlakon bersama Norman.

“Insya-Allah beberapa tarikh telah dipilih pada penghujung tahun ini tapi mungkin juga ia akan dilakukan lebih awal iaitu pertengahan tahun ini jika kami berdua sudah bersedia,” katanya yang sedang membuat penggambaran drama Bola Cinta musim kedua.

Artikel Berikut

Artikel Lain