Taylor SwiftLONDON: Penyanyi Taylor Swift begitu kecewa terhadap perpisahannya dengan aktor Jake Gyllenhaal sehingga sanggup mengikat perut dan tidak makan.Gyllenhaal telah memutuskan hubungan mereka menerusi panggilan telefon sehingga mengakibatkan penyanyi berusia 22 tahun itu begitu sedih dan kecewa. "Dia (Swift) tidak berkelakuan seperti biasa. Sebelum ini dia seorang gadis yang ceria dan lincah."Jelas sekali dia sangat kecewa dengan perpisahan itu kerana langsung tidak makan dan berubah menjadi murung," kata sumber yang dipetik laman web dailystar.co.uk.Menurut laporan, Gyllenhaal,30, mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka kerana faktor umur mereka.