PETALING JAYA: Program yang berteraskan muzik di samping menerapkan unsur humor, Aktif 5 dipancarkan secara langsung dari Studio 1, Angkasapuri Kuala Lumpur yang bersiaran setiap Ahad, pukul 9 malam menerusi saluran TV2 dan Saluran Astro 180 Muzik Aktif.Rancangan yang mencerminkan masyarakat majmuk rakyat Malaysia ini disiarkan untuk 13 episod Ahdan Salleh yang bertindak sebagai pengacara. Seramai lima orang peserta akan mengambil bahagian pada setiap minggu yang mewakili komposisi kaum di Malaysia selain persembahan diiringin oleh kumpulan pemuzik seramai lima orang.Program ini dibahagikan kepada lima pusingan termasuklah pusingan Irama & Lagu, Rentak Berentap, Tukang Muzik, Ajuk Sakan dan Satu-Satunya.Pusingan Irama & Lagu dimana lima lagu akan dimainkan oleh band secara instrumental dan lima peserta perlu menyanyikan serangkap senikata lagu tersebut dan meneka tajuk lagu berkenaan.Lagu yang dimainkan adalah ciptaan tempatan seterusnya semua peserta akan melangkah ke pusingan ke-2 pula. Markah akan diberikan kepada peserta yang boleh menyanyikan dan meneka lagu.Setiap minggu satu tarian daripada satu kaum di Malaysia akan dipilih untuk dipersembahkan menerusi pusingan Rentak Berentap. Semua peserta dikehendaki menyertai kumpulan rentak berentap secara bergilir-gilir yang melibatkan seorang perekatari dan lima orang penari. Empat peserta terbaik akan mara ke pusingan ke-3.Pusingan Tukang Muzik pula mengajak penonton bersama-sama peserta menghayati lagu yang akan dimainkan sebagai panduan. Empat peserta akan membuat cabutan menentukan ‘alat muzik’ yang akan digunakan dari alat muzik contohnya peralatan dapur yang boleh mengeluarkan bunyi. Pemarkahan diberikan kepada peserta yang ada “sense of music” dan boleh mengikuti rentak yang dimainkan. Peserta yang mendapat markah tertinggi akan mara ke pusingan seterusnya.Manakala menerusi pusingan Ajuk Sakan, sebuah band akan dipimpin oleh tiga pemimpin secara bergilir mengikut lagu. Semasa latihan, peserta akan diperdengarkan dengan lagu-lagu untuk dipilih yang akan digunakan semasa peserta menjadi pemimpin. Pemarkahan akan diberikan mengikut gaya dan bunyi muzik. Dua peserta akan mara ke pusingan berikutnya.Pusingan akhir akan melihat gelagat dua peserta secara bergilir-gilir mempersembahkan bakat tersendiri bermain alat muzik sambil bernyanyi secara solo. Satu alat muzik sahaja atau apa-apa peralatan boleh digunakan sebagai muzik iringan. Peserta terbaik akan menjadi juara episod berkenaan.Menariknya setiap peserta boleh meminta bantuan seorang penonton di studio untuk membantu di dalam membuat persembahan. Contohnya menjadi penyanyi latar, penari, rakan duet atau bermain alat muzik.Bagi siaran hari ini, turut diundang vokalis Azlan & The Typewriter sebagai memeriahkan program ini.