Antara artis di bawah naungan Aquila Emas.KUALA LUMPUR: Agensi pengurusan artis serta perunding pembangunan dan pemasaran bakat Aquila Emas memperkenalkan artis-artis dibawah naungannya untuk sesi 2011.Mereka adalah Ainul Aishah, Airis Yasmin, Amar Delon, Hafiz Halim, Hafidzuddin Fazil, Tengku Adrian, Tony Eusoff, Zed Zaidi, Zizan Nin dan yang terkini adalah Qimi Bakri. Pengarah Urusan Aquila Emas, Syarizan Md Isa amat berpuas hati dengan pencapaian peribadi setiap artisnya sepanjang tahun 2010.“Artis Aquila Emas telah melangkah ke satu peringkat yang lebih baik di mana pelakon terkenal seperti Ainul Aishah kini boleh menulis lirik dan menjadi komposer melalui dua single yang dilancarkan pada tahun lalu, manakala Tony Eusoff pula sedang giat menjalani latihan teater muzikal Terima Kasih Cinta yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada Februari 2011.“Ini menunjukkan perubahan positif terhadap kerjaya mereka yang selama ini hanya tertumpu pada bidang lakonan sahaja.“Sementara artis Aquila Emas yang lain seperti Zed Zaidi telah berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka francais Papa Rich di Heritage Row, pelakon dan pengacara Zizan Nin juga telah melangkah ke dunia teater dan kembali ke layar perak, manakala Diana Johor pula telah menerbitkan drama untuk siaran TV3,” katanya.Tambah: “Bagi tahun 2011, artis Amar Delon telah diberi kepercayaan oleh pihak Tall Order Production untuk mengarah, menulis skrip dan berlakon untuk drama rantaian RTM akan datang.“Dia juga terlibat dalam penggambaran filem Chow Kit terbitan Primeworks Studios yang turut melibatkan artis Aquila Emas yang lain seperti Airis Yasmin, Lana Nodin dan Yasmin Hani.”Aquila Emas juga mempunyai agenda tersendiri untuk tahun 2011. Dengan berbekalkan pengalaman menguruskan artis semenjak beberapa tahun lalu, Aquila Emas ingin bergiat aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan bagi memupuk nilai-nilai positif di kalangan masyarakat.Antara aktiviti kemasyarakatan yang telah dianjurkan dan disertainya adalah Kempen Menderma Darah 1 Komuniti Ke 1 Komuniti serta kempen 10,000 Expression of Green KL baru–baru ini.Sementar itu, Tony Eusoff amat berpuas hati dengan pengurusan Aquila Emas yang banyak membantu serta memberi khidmat nasihat dalam karier seninya.Bagi Zizan Nin yang merupakan artis terawal menyertai Aquila Emas, dia sangat menghargai pengurusan Aquila Emas yang telah memantau perkembangan kerjayanya sejak beberapa tahun yang lalu.Malah Ainul Aishah serta Zed Zaidi turut bersetuju agar lebih ramai artis menyertai Aquila Emas untuk pengurusan kerjaya seni yang lebih profesional dan berwawasan.