suria

Ryzal Tak Kisah Kurang Popular

Ryzal Jaafar. Foto UTUSAN
Ryzal Jaafar. Foto UTUSAN
Ryzal Jaafar. Foto UTUSAN

BUKIT JALIL: Pelakon Ryzal Jaafar mengakui dirinya kurang meraih populariti walaupun sudah lebih tujuh tahun berada dalam industri seni.

Menurut Ryzal yang memulakan karier lakonannya menerusi drama Dunia Baru, dia sedar bahawa dirinya agak sukar untuk meraih populariti meskipun pelbagai watak utama yang antaranya seperti Hani, Issandra dan Ilusi.

"Memang saya akui sukar untuk naik sebaris dengan nama pelakon-pelakon popular. Tapi itu tidak menjadi masalah. Saya lebih suka jika nama saya dikenali secara perlahan-lahan. Asalkan tawaran lakonan tidak putus, ia sudah memadai.

"Saya percaya, populariti akan datang sendiri dan bila dikenali, tandanya lakonan saya semakin bagus dan ada perubahannya.

"Lagipun, popular itu adalah satu bonus. Lebih-lebih lagi bila diiktiraf meraih sebuah trofi anugerah, ia juga menjadi batu loncatan buat seseorang pelakon itu untuk lebih ke hadapan," katanya yang sibuk dengan penggambaran drama Bola Cinta musim kedua (BC2).

Menerusi drama Bola Cinta di bawah terbitan Nafalia Corporation, Ryzal mengambil alih watak utama, Haziq daripada pelakon Shah Jazle yang berlakon pad amusim pertama.

Bagaimanapun, Ryzal berkata, walaupun menggantikan watak Shah, dia anak kelahiran Alor Setar ini yakin, lakonannya tidak sama seperti lakonan Shah pada musim pertama.

"Memang awal-awal lagi Shah telah membentuk watak Haziq dalam drama ini dan risau jika tidak mampu melakonkan watak sepertinya.

"Bagaimanapun, pengarahnya, Anwardi Jamil memberi ruang untuk saya melakonkan watak dengan cara saya sendiri dan allhamdulillah, dia berpuas hati dengan lakonan saya," ujarnya.

Selain Ryzal, drama yang mengisahkan perebutan cinta itu dibintangi oleh Aidil Aziz (Jamal), Memey Suhaiza (Fiza) dan Ainul Aishah (Reena).

Artikel Lain