Dead MushroomPETALING JAYA: Sebanyak empat kumpulan muzik iaitu Dead Mushroom, The Azenders, Tasha's Ink dan Kyoto Protocol berjaya ke peringkat akhir pertandingan Battle Of The Bands yang dianjurkan oleh Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.Pertandingan itu akan berlangsung pada 6 Mac depan. Keempat-empat kumpulan tersebut berjaya mengalahkan enam kumpulan lain seperti Car Crash Hearts, An Honest Mistake, Disagree, Hello Is This The Band, Beat The System dan Cats In Love pada pusingan pertama pertandingan ini, Ahad lalu.Menariknya pada petang itu, 10 kumpulan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada campuran kumpulan pendatang baru dan lama.Menurut gitaris Dead Mushroom, Rashidi Ishak, dia gembira kerana kumpulan itu masih diterima ramai ketika membuat persembahan pada pertandingan tersebut."Sebenarnya kami segan untuk bertanding dengan budak-budak baru yang sememangnya mempunyai kreativiti muzik yang lebih segar."Tapi apa yang kami lakukan ini sekadar minat dalam bidang muzik, tapi tak sangka pula berjaya ke peringkat akhir."Tambah pula bila melihat penonton terhibur dengan persembahan kami, ini satu petunjuk bahawa Dead Mushroom masih lagi diterima ramai, termasuklah golongan remaja," katanya.Sementara itu, bagi kumpulan The Azenders pula, pertandingan ini merupakan persembahan pertama mereka sejak lapan bulan kumpulan yang terdiri daripada Sam (vokalis), Kudut (dram), Ajam (keyboard) dan Izal (bass) ditubuhkan.Pertandingan tersebut diadili oleh empat orang juri dengan diketuai oleh Pengurus Eksekutif Persatuan Industri Muzik Malaysia (AIM), Jennifer Thompson.Pemenang di peringkat akhir Battle of The Bands Hard Rock Cafe Kuala Lumpur akan meneruskan perjuangan mereka ke peringkat antarabangsa pula dengan diadili oleh sebuah panel ahli muzik terkemuka.Untuk peringkat akhir, kumpulan-kumpulan yang dipilih akan diketengahkan di laman web Hard Rock Cafe iaitu www.hardrock.com, di mana para peminat di seluruh dunia akan diberi pilihan untuk mengundi kumpulan kegemaran mereka.Empat pemenang utama akan diterbangkan khas ke London dan dengan layanan seperti bintang rock dan diberi peluang untuk beraksi di Hard Rock Calling 2011 di Hyde Park, London yang akan berlangsung pada 24 Jun sehingga 26 Jun 2011.Penganjuran pertandingan Battle Of the Bands Hard Rock secara global dianjurkan bersempena dengan sambutan ulang tahun Hard Rock yang ke-40 tahun.Antara penyanyi yang pernah membuat persembahan pada festival tersebut ialah Antara artis yang pernah membuat persembahan di festival tersebut adalah Pearl Jam, Paul McCartney, The Who, The Police, Aerosmith, Eric Clapton, Bruce Springsteen, The Killers dan Peter Gabriel.