suria

'3 Suara' Gabungan Tiga Bintang Ternama

Pelancaran album 3 Suara melibatkan penyanyi Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah di Celebrity Club, Soho KL, Kuala Lumpur. - Foto RICKY LAI
Pelancaran album 3 Suara melibatkan penyanyi Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah di Celebrity Club, Soho KL, Kuala Lumpur. - Foto RICKY LAI
Pelancaran album 3 Suara melibatkan penyanyi Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah di Celebrity Club, Soho KL, Kuala Lumpur. - Foto RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Tiga penyanyi terkenal Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah mengambil masa hampir lapan hari untuk merakamkan lagu dimuatkan dalam album 3 Suara.

Album yang telah berada di pasaran sejak 6 Januari lalu ini menampilkan 10 buah lagu seperti Di Mana Di Mana, Beribu Sesalan, Hanya Satu, Menari Dalam Hujan, It's A Beautiful Life dan Tomorrow's Calling.

Seperti kata penerbit album ini, Kevin Chin, pemilihan tiga wanita tersebut dalam album 3 Suara adalah berdasarkan keunikan suara masing-masing apabila Jac merupakan ratu balada, Ning diva soul dan R&B manakala Shila puteri pop.

Ini kerana konsep album yang turut diterbitkan oleh Irwan Simanjuntak, Paul Morrison dan Aylwin Santiago ini lebih menggembalikan muzik Melayu sekitar era 80-an dan 90-an.

Menurut Ning, dia merasakan kombinasi tiga suara ini amat menarik dan turut memuji kemerduan suara Shila serta kelantangan suara Jaclyn.

"Kami diberi kebebasan untuk menyanyi mengikut keselesaan sendiri dengan menghasilkan irama yang harmoni dan pelbagai.

"Jadi dari situ penggubahan lagu-lagu itu kami memilih suara dan irama yang sesuai. Kami juga mudah serasi walaupun ketiga-tiganya memiliki kelantangan vokal tersendiri.

"Kami tahu bahagian masing-masing dan menggunakan teknik yang kami tahu. Jadi, dari situ wujudlah kombinasi lama dan baru," ujar mereka bertiga.

Album ini boleh dibeli melalui laman web www.sonymusic.com.my atau kedai muzik berhampiran pada harga RM31.90.

Artikel Berikut

Artikel Lain