TERNYATA populariti tidak menjamin kebahagiaan. Begitu juga dengan aktor Robert Pattinson, walaupun memperoleh pelbagai kejayaan bersama teman-teman seperjuangannya, Robert mengakui, hatinya masih kosong dan kesepian.Justeru itu, dia ingin membela seekor anjing sebagai temannya di rumah serta mengikutnya ke lokasi penggambaran. "Teman-teman saya kebanyakannya semua ego. Mereka tidak mahu menemani saya jika saya mempunyai penggamabaran di luar bandar. Melainkan pernggambaran tersebut dijalankan di New York, Los Angeles atau ke bandar-bandar yang menarik."Bagaimanapun, saya tidak salahkan mereka kerana itu semua hak masing-masing," selorohnya yang ditemubual oleh majalah Female First.Kini, kekasih aktres Kristen Stewart gembira dengan anjing yang baru dibelanya.Anjing yang dinamakan Robert itu kini menjadi teman bermain dan setia menemani kemana sahaja aktor tersebut ingin pergi.