JAKARTA: Pemuzik Ahmad Dhani (gambar)didakwa melakukan kekerasan dengan merampas dan mencederakan wartawan Global TV, di sini, Selasa.Kejadian tersebut bermula apabila wartawan Global TV, Yani cuba membuat liputan dan meninjau di kawasan rumah milik Mulan Jameela, namun begitu tidak lama kemudian, sekumpulan lelaki datang dan cuba merampas video tersebut. Dhani yang mengetuai kumpulan lelaki tersebut memaksa anak buahnya untuk merampas pita rakaman berkenaan dengan kekerasan.Dia juga turut merampas kunci kereta wartawan tersebut dan berlaku sedikit pertikaman lidah.Akhirnya, perkara tersebut dilaporkan di Balai Polis Kebayoran Lama, Jakarta Selatan.Bagaimanapun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara tersebut secara baik.