suria

Christina Aguilera Ditahan Memandu Keadaan Mabuk

Christina Aguilera bersama kekasihnya Matius Rutler
Christina Aguilera bersama kekasihnya Matius Rutler
Christina Aguilera bersama kekasihnya Matius Rutler

PENYANYI Christina Aguilera terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa apabila memandu dalam keadaan mabuk bersama kekasihnya Matius Rutler.

Seorang anggota polis yang menahannya memberitahu bahawa pasangan itu memandu secara berbahaya di kawasan Hollywood Barat.

"Aguilera hanya duduk pada bahagian penumpang dan kekasihnya itu yang memandu kenderaan tersebut, namun kedua-dua mereka berada di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Menurut anggota polis, pasangan itu terpaksa dibawa ke pejabat polis bagi menghindari keadaan lebih buruk berlaku jika membenarkan mereka memandu.

Pasangan ini telah melanggar kesalahan yang membolehkan mereka didenda sebanyak AS$30,000 atau RM91,000.

Christina Aguilera baru sahaja berhadapan dengan kemelut rumah tangga dengan Jordan Bradman yang akhirnya berakhir dengan penceraian. Dalam pernikahan tersebut mereka dianugerahkan seorang cahaya mata, Max Liron Bradman berusia dua tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain