Ana DahliaPETALING JAYA: Pelakon Diyana Mastura Jaafar atau nama komersialnya Ana Dahlia menjelaskan khabar angin kononnya dia mengganggu rumah tangga orang sehingga dibuang sebagai artis MIG Talent Sdn Bhd adalah tidak benar sama sekali.Kata Ana, keputusan untuk keluar daripada MIG diputuskannya sendiri kerana dia ingin berdikari tanpa bantuan daripada pihak lain yang bertindak sebagai ejen pengurusannya. "Sepanjang setahun berada di bawah bumbung MIG, pelbagai pengalaman yang saya peroleh dan selepas memutuskan untuk bergerak sendiri, saya berbincang dengan penerbitnya, David Teo secara baik dan dia terima keputusan saya itu."Oleh itu projek terakhir saya dengan MIG ialah filem Mantra. Jadi, tiada isu saya dibuang ataupun tidak. Ia sekadar gosip kosong sahaja," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.Ana menyertai MIG Talents pada tahun 2008 dan mengambil keputusan untuk keluar daripada pengurusan tersebut atas persetujuan bersama pada awal tahun lalu.Kata Ana, dia terkejut bagaimana isu tidak benar sama sekali kerana dia tidak pernah mengganggu suami sesiapa."Saya tidak pernah mengacau suami orang dan sekali lagi saya ingin tegaskan di sini, saya keluar dari MIG bukan sebab disingkir sebaliknya saya yang memutuskan demikian," ujarnya.Sementara itu, menurut David Teo yang dihubungi berkata, gosip tersebut bukan isu lagi isu kerana Ana tidak ada lagi kaitan lagi dengan syarikatnya."Saya enggan komen apa-apa mengenai dia demi masa depannya. Lagipun dia tidak ada kaitan lagi di bawah pengurus MIG," katanya.