suria

Global TV Tuntut Ahmad Dhani Mohon Maaf

JAKARTA: Stesen televisyen, Global TV akan tetap menuntut pemuzik Ahmad Dhani agar meminta maaf atas kejadian melakukan kekerasan ke atas wartawan dan juru gambar mereka.

Stesen penyiaran itu turut memberitahu akan tetap memanjangkan hal berkenaan kepada pihak polis dan menganggap perkara tersebut perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Pihak Global TV memberitahu kenyataan yang diberikan Ahmad Dhani di Dewan Media tidak tepat seperti yang terjadi.

“Kita masih melihat sama ada dia akan meminta maaf setelah ada kesalahan dalam kenyataannya. Kita akan lihat dahulu,” kata salah seorang wakil dari Global TV.

Sementara itu, wartawan yang berada di tempat kejadian, Sianne memberitahu bahawa Ahmad Dhani telah meminta maaf namun hanya melalui pihak Dewan Media dan bukan terus kepada Global TV.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain