suria

Ronan Keating Berlakon Filem 'Goddess'

PENYANYI terkenal Ronan Keating melangkah ke dunia lakonan apabila menerima tawaran untuk berlakon sebagai teraju utama filem berjudul Goddess.

Bekas anggota kumpulan Boyzone ini akan terbang ke Australia pada bulan hadapan bagi menjalani penggambaran tersebut.

Menurut produser filem itu, Richard Keddie, dia cukup gembira kerana Ronan bersetuju untuk bersama-sama berlakon dalam filemnya..

“Kami cukup bersemangat memilikinya (Ronan) yang turut bersama-sama dalam produksi kami,” katanya dalam sebuah wawancara radio.

Filem pertamanya ini berkisarkan tentang seorang wanita bernama Elspeth Dickens yang dilakonkan oleh Laura Michelle Kelly.

Kehidupan Dicken cukup unik kerana hidup menderita bersama keluarga angkatnya di sebuah ladang di Outback.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain