suria

Aishah Sinclair Tak Tentukan Masa Depan Anak

Aishah Sinclair
Aishah Sinclair
Aishah Sinclair

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Aishah Sinclair tidak akan memaksa dan menentukan masa depan anaknya apabila besar kelak.

Tambah Aishah, dia mahu anaknya, Soraya Ann yang kini berusia tujuh bulan memilih jalan kerjayanya sendiri tanpa dipaksa mana-mana pihak.

"Setiap ibu bapa mahukan anak-anak mereka jadi orang berguna. Sebagai ibu bapa juga kita hanya mampu untuk beri sokongan dengan apa yang mereka ingin lakukan.

"Saya ikut seperti apa yang dilakukan oleh ibu bapa saya yang tidak pernah melarang saya dan abang (Ashraf Sinclair) untuk menentukan jalan hidup kami sendiri.

"Malahan mereka beri sokongan terhadap kerja yang kami pilih ini. Tapi kalau boleh saya mahu Suraya jadi wartawan," katanya sambil ketawa.

Dalam pada itu, Aisyah tutut memberitahu bahawa dia belum bersedia untuk meninggalkan Suraya dalam tempoh masa yang lama.

"Sebenarnya saya belum bersedia untuk bekerja terutamanya yang memerlukan saya berpisah dengan Suraya dalam tempoh lama.

"Nasib baik, The Breakfast Show hanya bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 10 pagi sahaja.

Selebihnya saya akan terus balik ke rumah dan menjaga Suraya.

"Bagi saya kehidupan sangat sempurna selepas menjadi isteri dan ibu," katanya yang masih menyusukaan anaknya.

Bercerita tentang pengalaman tujuh bulan menjadi ibu, Aishah mengakui terlalu banyak perkara yang dipelajarinya sepanjang tempoh tersebut.

"Saya ni cepat buntu apabila terjadi apa-apa kepada Suraya, selalunya saya banyak bertanya kepada keluarga tentang hal-hal bayi.

"Saya anggap sekarang merupakan tempoh pembelajaran saya tentang pengurusan kanak-kanak, biarpun kadang-kala agak kelam kabut tapi saya bersyukur kerana suami juga banyak ambil peranan menjaga Suraya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain