PETALING JAYA: Sebuah rantaian drama berjudul Kasihnya Umairah bakal menghiasi slot Mid Day Delight bermula 4 April ini, pukul 12.30 tengah hari di TV2.Drama 13 episod ini mengangkat kisah kasih sayang dan pengorbanan cinta yang membawakan lokasi negara jiran Indonesia. Ia juga bakal menampilkan lakonan hebat Adrea Abdullah, Rashdan Baba, Azman Nor, Kismah Johar, Yalal Chin dan Aznah Hamid.Kisahnya bermula dengan babak perasaan cinta antara Umairah dan Raman yang mendapat tentangan daripada bapanya, Pak Leman. Ini kerana dia telah terlebih dahulu ingin menetapkan jodoh anaknya (Umairah) dengan Taufik, seorang anak orang kaya di kampungnya.Kebencian Taufik mula memuncak terhadap Raman. Jesteru, dia memberi amaran supaya Raman tidak lagi mendekati dan berkasih dengan Umairah.Namun dalam pada masa yang sama Taufik juga turut sama menggoda Fauziah, teman rapat Umairah. Fauziah bagai manapun, tidak mengetahui perancangan Taufik memikat Umairah untuk dijadikan isterinya. Disamping itu, Taufik bersikap buruk dengan menfitnah Raman kononnya beliau mengganggu Umairah selain mengupah Wak Sono seorang dukun palsu bagi mendapatkan ubat pengasih untuk menundukkan Umairah. Taufik setelah ditangkap basah bersama-sama Fauziah dan dikahwinkan mereka lari membawa diri ke Indonesia atas bantuan Wak Sono.Akhirnya Raman berjaya berkahwin dengan Umairah namun dia telah dihalau Pak Wahid daripada rumah sewanya. Mereka kemudiannya berpindah ke ruamh Mak Ara, ibu Raman.Kesudahan plot kisah menarik liku hidup dialami wanita yang hatinya seteguh waja ini dapat diikuti menerusi episod 13 yang bakal menemui penonton TV2 ini.