Rosnan RahmanKUALA LUMPUR: Pementasan pertama teater monodrama Rebab Berbisik pada malam Jumaat lalu nyata berjaya memberi kelainan kepada penonton yang biasa dihidangkan dengan pementasan teater muzikal sejak kebelakangan ini.Bertempat di Lambang Sari, Istana Budaya, teater yang dilakonkan oleh satu-satunya pelakon Pak Yong di Malaysia, Rosnan Rahman ini, berjaya menyampaikan mesej utama iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepupusan tarian tradisional tersebut. Mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 15 minit, Rosnan berjaya membawa penonton menghayati dan menyelami isi hati pengiat seni tarian yang hampir dilupai ini.Bukan itu sahaja, empat watak yang dibawakan oleh Rosnan iaitu watak Pak Su Mat, Mek Ning, Ustaz dan Mak Yah dilakonkan dengan baik dan dapat difahami audien.Kesinambungan dari satu watak ke watak yang lain turut membantu jalan cerita lebih difahami, contohnya peralihan antara watak Pak Su kepada watak Ustaz membantu penonton memahami situasi yang cuba diceritakan oleh watak Pak Su.Begitu juga watak Mak Yah atau Mimi iaitu watak salah seorang anak Pak Su sangat menghiburkan sehingga membuatkan penonton tidak kering gusi.Bagaimanapun, Rosnan yang ditemui selepas selesai persembahan tersebut mengakui tidak berpuas hati dengan persembahan pada malam pertama itu."Saya akui agak gementar mungkin kerana ini merupakan persembahan pertama dan disaksikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said."Namun apa yang saya cuba sampaikan secara keseluruhannya berjaya disampaikan pada malam ini, Insya-Allah pada malam seterusnya saya akan buat lebih baik lagi," katanya.Tambahnya, cabaran utama ketika membuat persembahan tersebut adalah peralihan antara satu watak ke watak yang lain."Saya tak mahu penonton keliru dengan empat watak tersebut. Jadi saya kena pastikan kelainan terutamanya dari imej dan bahasa,"Selain itu, cabaran besar tentunya membawakan watak Pak Su Mat berusia 70-an sedangkan saya sendiri baru berusia 30-an." katanya yang sudah 12 kali mementaskan teater tersebut.Menurut Rosnan, Rebab Berbisik mula dipentaskan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 2007. Kemudian monodrama arahan Rahimidin Zahari itu turut dibawa ke negeri lain dan dipentaskan di pusat pengajian tinggi awam.Rebab Berbisik mengisahkan emosi Pak Su Mat dan Mek Ning yang juga primadona Mak Yung terkenal pada zaman kegemilangan seni itu suatu ketika dulu.Pementasan monodrama ini diadakan selama empat hari bermula 8 April hingga 11 April.Manakala, tiket pada 9 dan 10 April habis dibeli JW United Corporation Sdn Bhd dan Institut Terjemahan Negara manakala Yayasan Pink Tringle membuat tempahan semua tiket pada 11 April.