suria

30 Minit Peluang Berbual Dengan Artis 'Islamic Song Festival 2'

Bukhari, Mustafa Daood dan Adam semasa acara simbolik perjanjian kerjasama di antara pihak TV Al-Hijrah dan Out of This World Sdn Bhd di sidang media pengumuman TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi 2nd Islamic Songs Festival. - Foto AHMAD IZZRAFIQ ALIAS

KUALA LUMPUR: Islamic Song Festival edisi kedua bakal menghimpunkan 14 kumpulan dan penyanyi solo nasyid seluruh dunia di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 30 April dan 1 Mei, pukul 7.45 malam.

Pada 30 April, mereka yang terlibat adalah La Rappel (Perancis), Fez Meghani & Aftab Ali (Amerika Syarikat), The Brothahood (Australia), Khalid Belrhouzi (Perancis) berkolaborasi dengan Bennami (UAE) dan Ziryab (Brazil).

Turut serta adalah kumpulan Brotherz (Malaysia), Khaleel Muhamad (United Kingdom) dan legenda nasyid Indonesia, Opick yang terkenal dengan lagu Tombo Ati.

Sementara pada 1 Mei, artis lain yang akan membuat persembahan adalah Aa'shiq al-Rasul (United Kingdom), Zain Bhikha (Afrika Selatan), Debu (Indonesia), Yasin (Malaysia), Native Deen (Amerika Syarikat), Budi (Jerman) dan Noor (Amerika Syarikat).

Selaku penyiar rasmi, stesen TV AlHijrah akan mempromosikan konsert itu sekaligus merakamnya sebelum disiarkan secara percuma pada masa yang ditetapkan kemudian.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bukhari Che Muda, pihaknya berminat untuk bekerjasama dengan penganjur iaitu Out of This World Sdn Bhd (OTWSB), kerana mesej keislaman dan nilai mulia yang diterapkan.

“Setiap lagu yang akan dipersembahkan pada konsert ini nanti membawa kisah dan cerita tersendiri.

“Kami juga memberikan peluang kepada penonton untuk berinteraksi secara langsung dengan artis dalam satu slot yang diberikan selama 30 minit,” kata beliau ketika sidang media di Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam, di sini, Jumaat lalu.

Pelbagai genre muzik dengan suntikan elemen Islam seperti Hip Hop, R&B, Kontemporari, Pop, Rap, World Music dan Nasyid Tradisional akan dipersembahkan.

Sementara itu, Pengarah OTWSB, Adam Datuk Amanullah, mensasarkan untuk menjadikan konsert tersebut sebagai acara tahunan jika ia berjaya mendapat sambutan daripada penonton.

“Kami mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat nasyid dan berharap dapat melakukan konsert ini pada setiap tahun.

“Setakat ini, jualan tiket agak bagus dan mereka yang berminat masih boleh membeli tiket berharga RM103, RM153, RM253 dan RM353 kerana dewan tersebut mampu menampung seramai 2,800 penonton,” kata Adam. Tiket boleh didapati menerusi talian ticket charge iaitu 03-92228811 atau layari www.ticketcharge.com.my.

Acara penuh gemilang ini pertama kali diadakan pada 3 dan 4 Julai tahun lalu di Stadium Malawati Shah Alam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain