Dj Lin.PETALING JAYA: Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abdul Majid (Dj Lin) perlu belajar menandu apabila mendapat kereta Proton Persona sempena pelantikannya sebagai duta kempen ‘Persona Sememangnya Lebih Sempurna’.Kempen bermula April sehingga Ogos itu turut disertai oleh dua penyampai radio lain iaitu Aanantha dari THR Raaga dan Jack Lim (MY FM) sebagai simbolik kepada slogan 1Malaysia. “Dalam kempen yang dianjurkan oleh Proton Holdings Bhd, saya akan berkongsi semangat dalam menempuh hidup sebagai ibu tunggal selama lima tahun ini dengan mereka yang senasib dengan saya.“Saya akan meraikan beberapa ibu tunggal di rumah mereka sekitar Lembah Klang untuk memberikan inspirasi dan menjadi mentor kepada lima orang ibu tunggal terpilih,” ujarnya yang turut menerima habuan wang tunai daripada syarikat tersebut.Lin turut berkongsi perasaan syukurnya kerana antara beberapa nama penyampai radio, dia yang terpilih untuk menjadi duta kempen Proton Pesona biarpun dia pernah dilabelkan sebagai deejay “kampung”.“Syukur kerana lanjutan dari kemenangan saya menerusi Anugerah Seri Angkasa baru-baru ini telah membuka mata mereka sekali gus diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini.“Selain mengikuti setiap acara yang dianjurkan oleh Proton, saya juga mencabar diri-sendiri untuk mengambil lesen kereta.“Saya baru sahaja lulus ujian komputer dan pada hujung minggu ini saya akan menghadiri kelas teori selama enam jam. Terima kasih kepada Proton kerana telah memberikan keyakinan kepada saya untuk membuat lesen memandu,” katanya lagi.Sebagai langkah mempromosikan kempen Proton Persona itu, Suria FM turut menyiarkan drama radio tentang kisah hidup Lin sebagai ibu tunggal sekali gus memegang watak utama dalam drama tersebut.Ia akan disiarkan selama seminit bermula 1 Mei depan selama dua minggu pada pukul 8.15 pagi dan ulangannya 5.15 petang.Sempena dengan pelantikan tersebut, Proton akan melakukan sidang media untuk mengumumkan tiga penyampai radio itu sebagai duta kempen Proton Persona.