suria

Watak Seksi & Dialog Berbau Seks Kekuatan 'Abu Ya' - Pengarah

Salah satu adegan berkemban lakonan Jue Aziz (kiri) dan seorang pelakon baru.
Salah satu adegan berkemban lakonan Jue Aziz (kiri) dan seorang pelakon baru.
Salah satu adegan berkemban lakonan Jue Aziz (kiri) dan seorang pelakon baru.

KUALA LUMPUR: Elemen wanita seksi dan juga kata bual berunsur seks yang ditekankan menerusi filem Abu Ya adalah bertujuan untuk menarik orang ramai menonton filem tersebut di pawagam.

Pengarahnya Imran Ismail berkata, filem berkenaan bukan bermaksud untuk mengeksploitasi kaum wanita dengan aksi tersebut sebaliknya ia hanyalah pelengkap kepada kata bual yang ditampilkan.

“Kekuatan filem ini terhadap kata bualnya dan bukan kepada elemen seksi yang ditonjolkan.

"Malah kata-kata yang diungkapkan lebih merujuk kepada kepentingan hubungan suami-isteri dalam mencari kepuasan seks mereka,” katanya kepada mStar Online selepas pratonton filem itu untuk para pengedar di MBO Manjalara, Kepong di sini, Selasa.

Filem yang berkisar mengenai ajaran sesat Abu Ya itu membariskan para pelakon antaranya Faizal Hussein, Jue Aziz, Iqbal Mazlan, Khir Mohd. Nor, Adrea Abdullah, Yus (Raja Lawak) dan Suhaillah Salam.

Ia menceritakan bagaimana Abu Zakaria yang memakai gelaran Abu Ya (lakonan Faizal Hussein) mencari pengaruh dengan menyesatkan penduduk kampung melalui ajarannya selain menggalakkan hubungan seks tanpa kawalan kepada setiap pengikut ajaran itu.

Amran berkata orang ramai mungkin menganggap filem tersebut sebagai tidak bermoral tetapi ia sebenarnya mempunyai mesej untuk mengelakkan ketaksuban melampau seseorang terhadap pemimpin mereka.

Tambahnya, filem itu juga memperlihatkan bagaimana seorang wanita itu sanggup melakukan apa sahaja untuk menuntut haknya daripada suami terutamanya mengenai nafkah batin.

“Sejak kebelakangan ini terlalu banyak filem-filem seram ditayangkan di pawagam sehinggalah saya mendapat ilham menghasilkan Abu Ya yang sudah tentu berbeza jika dibandingkan dengan filem-filem lain di pasaran,” ujarnya yang turut menafilan filem itu mempunyai kaitan dengan ajaran sesat di negara ini.

Mengenai desas-desus kononnya filem tersebut diharamkan penyiarannya berikutan adegan melampau yang ditampilkan, ujar Imran pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) pada 13 April lalu.

Filem terbitan Million Euphoria Sdn Bhd tersebut dijangka ditayangkan pada November tahun ini berikutan kegagalan pihaknya menerima kelulusan Syarat Wajib Tayang akibat senarai filem yang terlalu banyak menunggu giliran.

Artikel Sebelum

Artikel Lain