Putera William dan Kate MiddletonTINGGAL sehari lagi menjelang pernikahannya dengan Putera William, Kate Middleton mula merasai kegusaran di hatinya.Malah pada saat-saat yang dianggap penuh ketegangan, Kate mula mengalami mimpi buruk sejak beberapa hari lalu. Peliknya, Kate mengalami tekanan menjelang hari bahagianya apabila dia bermimpi sedang bertelanjang di depan altar sebelum dikahwinkan dengan anak mendiang Puteri Diana itu."Ternyata Kate kini sangat tertekan menjelang hari perkahwinannya. Ini kerana seluruh rakyat Britain akan menyaksikan perkahwinannya dengan Putera kesayangan ramai."Cuma apa yang dimimpikannya itu agak pelik lebih-lebih lagi dia sudah lama dia tidak mengalami mimpi buruk yang memalukannya. Mungkin dia terlalu berdebar dengan keadaan di sekelilingnya ," kata sumber terdekat Kate kepada laman portal Splashnews.com.Tambah sumber tersebut, Kate sambil bergurau kepadanya mengatakan dalam mimpi tersebut, ketika dia bertelanjang di hadapan umum, dia tidak tahu bahagian tubuh manakah yang harus ditutupnya dahulu.