Rakan artis iaitu Datin Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Datuk Sarimah Ahmad serta Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez melawat penyanyi Datin Orchid Abdullah di rumahnya di Dataran Ukay, Ampang, Rabu. - Foto RAJA FAISAL HISHANAMPANG: Penyanyi veteran Datin Orchid Abdullah,64, yang popular dengan lagu Penawar Rindu berada dalam keadaan uzur akibat menghidap penyakit tumor yang dikenali “paraganglioma” sejak beberapa tahun lalu.Menurut anak bongsunya Eenaz Mokhtar, 31, keadaan ibunya semakin kritikal selepas menjalani pembedahan di perut pada Februari tahun lalu dan mula tidak boleh bergerak beberapa bulan selepas itu. "Selepas ibu menjalani pembedahan dia mula sukar bergerak. Doktor mengesahkan dia mengalami penyakit “paraganglioma” yang jarang berlaku di kalangan pesakit.“Kata doktor penyakit ini hanya boleh dirawat di Hospital Putrajaya sahaja," ujarnya yang bergilir-gilir menjaga Orchid bersama-sama dua abang dan seorang kakaknya.Tambah Eenaz doktor menasihati ibunya dibawa ke sebuah hospital di Maryland, Amerika Syarikat tetapi keadaannya tidak mengizinkan untuk bergerak jauh.“Untuk membawa dia mengambil angin di luar rumah pun dia tak tahan, apatah lagi nak membawanya menaiki kapal terbang. Jadi, kami hanya melakukan rawatan tradisional seperti memberinya jus beri, sayur-sayuran dan buah-buahan,” katanya.Terdahulu Persatuan Karyawan Malaysia bersama rakan-rakan artis turut melawat Orchid di rumahnya di Dataran Ukay di sini, RabuKunjungan tersebut turut disertai Presiden persatuan itu Datuk Freddie Fernandez, Datuk Sarimah Ahmad, Julie Sudiro, Aspalela Abdullah dan Shamsudin Lamin.Freddie serta empat artis tersebut turut menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada Orchid selain mendoakan kesihatan Orchid agar cepat sembuh.Sementara itu menurut Freddie, skim pencen Karyawan untuk artis veteran terpaksa dihentikan sementara kerana persatuan itu mengalami masalah kewangan.Katanya, skim yang telah dianjurkan sejak enam tahun lalu itu ditangguhkan sejak enam bulan lalu untuk membolehkan pihaknya mencari semula dana.Sebelum ini, lebih 30 artis veteran telah menerima sumbangan berupa pencen bulanan berupa wang tunai sebanyak RM500 sebulan."Kami akan menganjurkan beberapa aktiviti seperti pesta lawak “The Return of Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada Jun ini untuk mengumpul dana skim tersebut."Kami tahu ramai artis veteran yang mengeluh kerana tidak menerima sumbangan sebanyak RM500 sebulan seperti yang diberikan sebelum ini. Bagaimanapun kami berharap mereka bersabar," ujarnya.