Wahidan Awang Supain.PETALING JAYA: Program realiti masakan popular dunia, MasterChef mendapat sambutan positif ketika sesi uji bakat diadakan di Pulau Pinang pada 23 & 24 April lalu dan Sabah (30 April & 1 Mei).Kini pihak produksi Astro Ria bakal berkunjung ke Johor Baru pada 7 Mei ini untuk sesi uji bakat yang seterusnya. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pihaknya amat berbesar hati dan kagum melihat kesungguhan dan persediaan para peserta yang menghadiri sesi uji bakat program tersebut yang baru diperkenalkan buat pertama kali ini."Ini jelas membuktikan sokongan ramai terhadap industri pembangunan pengisian kandungan yang berkualiti untuk ditonton.“Melihat kepada persediaan para peserta yang hadir sewaktu sesi uji bakat di Pulau Pinang dan Sabah, ternyata mereka sudah bersedia dengan hidangan yang siap dibawa dari rumah masing-masing,” katanya.Tambahnya lagi: “Pelbagai ragam dan reaksi peserta yang hadir dapat dilihat. Ada juga di kalangan peserta yang hadir terpaksa menempuhi perjalanan yang agak jauh.”Chef Johari Edrus dan Chef Zubir Mohd Zain serta ditemani oleh chef undangan dari setiap lokasi iaitu Chef Yeoh (Hotel Equatorial Penang) dan Chef Joseph (Beverly Hotel Sabah) telah dipertanggungjawabkan untuk mencungkil bakat pertandingan ini.Menceritakan pengalaman pertama menghadiri sesi uji bakat MasterChef Malaysia, Wahidan Awang Supain, 42, berasal dari Sabah berkata: “Demi menunaikan hasrat untuk menyertai program ini, saya sanggup memandu jauh selama 10 jam untuk datang ke lokasi uji bakat."Saya amat meminati bidang masakan sejak dulu lagi. Kesibukan bekerja sebagai petani yang terpaksa menanam dan memotong kelapa sawit menyara keluarga membuatkan saya kurang masa untuk membuat persediaan yang rapi," katanya.Mohd Danial Shaharudin, 18, berasal dari Pulau Pinang juga mempunyai kisah menarik untuk dikongsi.Selain minat yang mendalam dan ingin berjaya dalam bidang masakan, dia juga ingin mengambil kesempatan untuk mencari ayah kandungnya yang telah lama menghilang menerusi program ini jika terpilih.Dibesarkan dengan hanya menerima kasih sayang daripada seorang ibu, dia turut berharap agar kemunculannya dalam program MasterChef Malaysia mendapat perhatian ayahnya sekali gus menghubungi mereka kembali.MasterChef Malaysia akan meneruskan penjelajahan ke Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu (13 Mei) dan KDU University College, Petaling Jaya (20 & 21 Mei). Semua uji bakat itu berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.