MaulanaSHAH ALAM: Selepas berjaya merealisasikan impian untuk berduet dengan ibunya, S. Mariam, penyanyi pop yeh yeh 60-an, Maulana Mohamed, 23, mengidam untuk menyanyi dengan Datuk Sheila Majid dan Tompi.Penyanyi kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah menjayakan persembahan sempena hari ibu 'Ratu Hatiku' di Pusat Konvensyen di sini, Ahad lalu. Maulana menyanyikan hampir 20 buah lagu seperti lagu RSVP, Muzika Melodi Cinta, Mencintaimu nyanyian Kris Dayanti, Ibu dan Madu Tiga dari P.Ramlee, Dia dan Sinaran (Sheila Majid) serta Just The Way You Are (Bruno Mars).Dia juga mendendangkan dua lagu duet dengan ibunya iaitu Hasrat Hati dan Tak Ingin Sendiri."Saya rasa gembira dan bersyukur kerana apa yang saya hajati sejak sekian lama tercapai jua akhirnya."Saya juga rasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua pihak penaja."Saya berharap dapat melakukan sebuah lagi showcase yang lebih besar. Insya-Allah," ujar Maulana.Selain itu, dia turut mengundang dua teman baiknya menyanyi bersama-sama dalam showcase tersebut iaitu Aril AF7 dan Haziq AF4.Aril berduet dengan Maulana menerusi lagu Just The Way You Are dan menyanyikan secara acapella lagu ciptaan mereka berdua termasuk Hafiz dan Akim berjudul Warkah Buat Ibu manakala Haziq mendendangkan lagu InsyaAllah bersama-sama Maulana sebelum showcase berakhir.Lebih 100 tetamu yang hadir terdiri daripada ibu tunggal, ibu dan bapa, remaja serta kanak-kanak.Persembahan yang dihoskan oleh Azrul (Raja Lawak) itu turut dijayakan dengan iringan muzik 'live band' menggunakan tujuh jenis alat muzik termasuk saksofon dan trumpet yang dimainkan oleh pihak Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara).