NeelofaPETALING JAYA: Pelakon Noor Neelofa Mohd Noor (Neelofa), 22, berasa berat hati dan ragu-ragu untuk menerima tawaran pengarah Kabir Bhatia untuk membintangi filem seram terbaru iaitu Azazil kerana mengakui dirinya seorang yang penakut.Kata Neelofa, sejak kecil lagi dia memang tidak menonton filem seram kerana mudah teringatkan karakter dan rupa hantu dalam filem atau drama sedemikian. "Bukan bermaksud untuk memilih atau mengada-ada tetapi terus-terang saya tidak boleh tengok filem atau drama seram."Sejak kecil lagi saya tidak suka menonton filem sebegitu sebab saya mudah teringatkan karakter tersebut."Kalau saya tidak menonton filem seram, bagaimana pula hendak menghayati watak dan cerita begitu?" katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.Tambah Neelofa, walaupun demikian, dia tidak keberatan untuk terlibat dalam filem atau drama komedi seram yang bersifat humor, santai dan melucukan."Lainlah kalau filem komedi seram seperti Hantu Kapcai yang saya terima daripada KRU Studios, di mana filem itu adalah filem hantu yang kelakar."Jadi, karakter hantu itu tidak menakutkan, lebih bersifat lucu," kata pengacara program KRU Paparazzi di saluran KRU TV ini.Dalam pada itu, aktres muda yang didakwa menjadi punca keretakan hubungan aktres Maria Farida dan aktor Shahz Jaszle ini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri arahan Erma Fatima iaitu Kitab Cinta.Selain itu, Neelofa yang mula mencipta nama selepas membintangi filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman ini dijangka terlibat dalam sebuah lagi tawaran filem terbitan Skop Productions pada Julai depan.