Agnes MonicaKHABAR tentang hubungan istimewa antara penyanyi Agnes Monica dan pemain bola keranjang Indonesia, Denny Sumargo semakin jelas apabila penyanyi jelita tersebut jatuh sakit.Ketika dirawat di Hospital RS Siloam , Kabun Jeruk, Jakarta, Denny kelihatan setia menemaninya. Penyanyi lagu Matahari ini turut menulis menerusi akaun Twitternya dengan ucapan terima kasih kepada Denny dan peminat yang hadir menemaninya di hospital."Terima kasih kerana berada di sini malam tadi... saya sayang kamu semua" ucapnya.Manakala, Denny turut menulis di akaun miliknya agar peminat-peminat Agnes terus memberi semangat kepada penyanyi ini.Agnes telah dimasukkan ke hospital Rabu lalu kerana mengalami sakit tulang belakang dan tidak dapat bergerak.Dia dikhabarkan akan menjalani beberapa rawatan intensif dan fisioterapi.